

Selama hampir enam tahun, Dhia Amanda Saifol Sujak hanya mampu ‘tersenyum tawar’ kerana menahan kesakitan tidak terucap akibat penyakit gangguan saraf jarang ditemui, GNAO1.
Keadaan itu menyebabkan tubuh kecil Dhia Amanda sentiasa tersentak serta mengalami kekejangan yang menyakitkan dan sukar dikawal sehingga mampu mencederakan diri.
Namun Aidilfitri kali ini mungkin sedikit berbeza buat anak kecil itu apabila kesan gangguan saraf itu semakin berkurangan selepas menjalani pembedahan stimulasi otak dalam (DBS) pada 16 Dis lalu.
FMT yang berkunjung ke kediamannya baru-baru ini mendapati anak kepada pasangan Saifol Sujak Sulaiman dan Nur Liyana Safiea itu ini mampu duduk bersandar dengan lebih tenang dan tubuh tidak lagi dipenuhi kesan lebam.
Satu momen paling menyentuh hati melihat Dhia Amanda tersenyum manis dalam gambar dirakam dalam kunjungan itu.
Klik sini untuk baca artikel penuh.
Sumber: