

Seorang lagi Adun Bersatu di Negeri Sembilan mengubah pendirian dan mengumumkan langkah berkecuali dengan tidak menyokong perubahan kerajaan negeri, susulan tindakan 14 Adun Umno menarik sokongan terhadap Menteri Besar Aminuddin Harun.
Adun Labu Hanifah Abu Baker berkata keputusan tersebut diambil selepas pertimbangan teliti dengan mengambil kira kepentingan rakyat serta keperluan memastikan kestabilan politik negeri terus terpelihara.
Katanya, keutamaan beliau adalah memastikan suasana politik kekal kondusif agar tidak menjejaskan usaha pemulihan dan pertumbuhan ekonomi negeri, khususnya dalam keadaan semasa yang penuh cabaran.
“Dalam masa sama, kami berpandangan bahawa pendirian Umno di peringkat nasional mahupun di Negeri Sembilan ketika ini dilihat tidak konsisten dan…