Bapa mangsa berkata anaknya disahkan meninggal dunia di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom.

PETALING JAYA: Seorang lagi kanak-kanak lelaki meninggal dunia di Kluang kira-kira 7 pagi semalam, dipercayai akibat strok haba.
Bapanya, Syahrol Azmi Mohd Hekak, 42, berkata anak keduanya Airiel Syahren, 12, disahkan meninggal dunia oleh doktor akibat “septic shock secondary to meningoencephalitis” di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom.
Menurutnya, pada mulanya Airiel dan adik lelaki berusia sembilan tahun serta ibu mereka mengalami demam biasa dan hanya memakan ubat.
“Saya meminta mereka tidur di ruang tamu kerana bilik itu sejuk sebelum terdengar seperti ada benda jatuh. Saya kemudian mendapati anak kekejangan.
“Saya terus menghubungi talian kecemasan untuk bantuan ambulans. Pada masa itu keadaan anak meronta-ronta dan adiknya juga…