
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang lagi ejen pusat pemeriksaan kenderaan kerana dipercayai menerima rasuah bagi mendapatkan nombor giliran untuk mempercepatkan proses pemeriksaan kenderaan tanpa mengikuti peraturan yang sah.
Perintah reman selama empat hari sehingga 25 Mac terhadap suspek lelaki berusia lingkungan 30-an dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar, Assayidatun Najwa Muhammad Nasution selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.
Menurut sumber, suspek dipercayai menerima rasuah kira-kira RM40,000 daripada pemilik-pemilik kenderaan yang ingin mendapatkan nombor giliran bagi proses pemeriksaan kenderaan di sebuah pusat pemeriksaan kenderaan.
“Tangkapan terhadap suspek ini adalah susulan operasi yang dijalankan SPRM dengan kerjasama Jabatan…