Mangsa Nur Imani dilaporkan mengalami batuk sejak seminggu lalu sebelum muntah-muntah beberapa hari kemudian.

PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan di Kelantan dilaporkan meninggal dunia pada Selasa dipercayai akibat strok haba, korban kedua akibat cuaca panas di negeri itu.
Menurut laporan Berita Harian, bapa kanak-kanak itu, Ahmad Faris Fazli Mohd Nasir berkata, dia membawa anak tunggalnya Nur Imani ke Unit Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II pada Isnin lalu selepas anaknya muntah-muntah.
Faris yang tinggal Kampung Kota di Kota Bharu berkata, sejak seminggu lalu Nur Imani sering batuk sebelum muntah-muntah beberapa hari selepas itu.
“Doktor yang merawat anak saya memberi ubat dan meminta membawanya pulang.
“Bagaimanapun, keadaan anak saya semakin teruk…
