Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Seorang Lagi Kanak-Kanak Termakan Keropok Beracun Tikus Meninggal Dunia Tengah Hari Tadi

today12 July 2024

Background


Menurut laporan Harian Metro, perkara itu disahkan oleh ibunya Nurain Hasnorizal, 25, selepas melawatnya di wad.

“Luth sudah meninggal dunia kira-kira jam 1.24 tengah hari tadi, hilang sudah kesakitannya. Jenazahnya dijangka dikebumikan Kampung Banggol Berangan, Labu Besar, Kedah berhampiran pusara abangnya,” katanya.

Terdahulu, dua beradik, Muhammad Luth Syauqi dan Muhammad Akil Syauqi yang masing-masing berusia dua dan tiga tahun dilaporkan kritikal selepas termakan makanan ringan didakwa mengandungi racun tikus dalam kejadian di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim, Kedah, Ahad lalu.

Keropok beracun itu digantung pada pagar dawai dikatakan dipasang pemilik kebun, bertujuan menghalau haiwan liar yang mengancam tanamannya.

Kedua-dua kanak-kanak malang berkenaan dikejar ke HPP selepas menerima rawatan di Hospital Kulim.

Walau bagaimanapun, Muhammad Akil telah menghembuskan nafas terakhir pada 8.30 pagi, 10 Julai 2024.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post