
IPOH: Seorang lagi pendatang tanpa izin yang lolos dari Depot Sementara Imigresen Bidor, Tapah, maut akibat kemalangan jalan raya malam tadi, kata Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri.
Yusri berkata kemalangan berlaku di KM332.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan pada 9.20 malam tadi.
Katanya, tiga lagi pendatang tanpa izin ditahan awal pagi tadi di kawasan Tapah menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan 54 orang setakat 8 pagi ini.
“Mangsa dilanggar pacuan empat roda ketika sedang berjalan kaki dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata semua tangkapan termasuk yang meninggal dunia adalah Rohingya.
Sementara itu, Yusri berkata mayat mangsa kemalangan 9.20 malam tadi dihantar ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk dibedah siasat.
Beliau berkata pegawai…