Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Seorang lagi rakyat Malaysia berdepan hukuman mati di Singapura

today22 February 2025

Background


Perkhidmatan Penjara Singapura telah menghantar surat kepada anak saudara Hamzah Ibrahim memaklumkan bahawa bapa saudaranya akan dihukum bunuh pada Rabu depan. (Gambar Reuters)

PETALING JAYA: Seorang lagi rakyat Malaysia yang disabitkan kesalahan mengedar dadah di Singapura akan dihukum mati

Hamzah Ibrahim, yang berusia 60-an, akan menjalani hukuman itu pada Rabu depan, menurut bekas peguamnya M Ravi.

Memetik surat oleh Perkhidmatan Penjara Singapura kepada anak saudara Hamzah, bertarikh 19 Feb, keluarganya dibenarkan melawatnya sehingga sehari sebelum hukuman mati.

Pada 2017, Mahkamah Tinggi Singapura menjatuhkan hukuman mati ke atas Hamzah kerana mengedar 26.29 gram heroin.

Dia telah diberikan Sijil Bantuan Substantif (CSA) kerana membantu pasukan narkotik polis Singapura dalam ‘mengganggu aktiviti pengedaran dadah’, tetapi mahkamah memutuskan untuk menjatuhkan hukuman mati kepadanya.

“Dia tidak layak untuk hukuman alternatif penjara seumur hidup kerana tidak dianggap…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post