Site icon Hot FM

Seorang maut tanah runtuh di tapak kuari


Keadaan di sebuah tapak kuari di Jalan SP2, Bandar Saujana Putra, Kuala Langat selepas tanah runtuh pada petang semalam. (Gambar JBPM Selangor)

SHAH ALAM: Seorang lelaki maut dalam kejadian tanah runtuh di sebuah tapak kuari di Jalan SP2, Bandar Saujana Putra, Kuala Langat.

Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail dalam kenyataan memberitahu, seorang lagi mangsa berjaya dikeluarkan orang awam dan dibawa ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan.

Beliau berkata, selepas menerima laporan kejadian pada 4.32 petang semalam, sepasukan pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Telok Panglima Garang bergegas ke lokasi kejadian.

Setibanya di lokasi kejadian, didapati tanah runtuh berlaku di kawasan kuari dengan kedalaman 1.2m.

“Terdapat dua mangsa dipercayai lelaki (berusia) 30-an yang tertimbus, dengan seorang berjaya dikeluarkan orang awam sebelum pihak bomba sampai.”

Katanya, mangsa kedua yang tertimbus dibawa keluar anggota bomba pada 6.42 petang dan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version