Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Seorang penumpang maut bas 2 tingkat terbakar

today13 January 2024

Background


Keadaan bas dua tingkat yang terbakar di KM198 Lebuhraya Utara Selatan awal pagi tadi. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang penumpang maut dan enam lagi cedera selepas bas dinaiki mereka terbakar di KM198 Lebuhraya Utara Selatan (arah utara) hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 3.50 pagi tadi, bas dua tingkat itu dipercayai membawa 30 penumpang yang semuanya warga Singapura.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Zahrul Azha Mokhtar berkata 21 pegawai dan anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira 3.55 pagi.

“Sejurus tiba, kita mendapati bas tersebut terbakar sepenuhnya dan dimaklumkan kenderaan itu melanggar sebuah motosikal terbabas sebelum kejadian,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata enam penumpang yang cedera dihantar ke hospital menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), ambulans dan kenderaan orang awam.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post