
KUALA LUMPUR: Tiada kata-kata yang mampu disuarakan pengendali skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun selain ucapan maaf selepas gagal menunaikan impian menjuarai acara regu berpasukan pada final kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 hari ini.
Ahmad Jais berkata, skuad Thailand masih lengkap daripada segenap aspek berbanding pasukan bimbingannya pada pertembungan yang menyaksikan Malaysia terus kempunan menamatkan kemarau 33 tahun bergelar juara acara berpasukan.
Kali terakhir Malaysia muncul juara acara berpasukan adalah pada Sukan SEA Manila 1991, sebelum terpaksa menunggu lama untuk memecahkan dominasi skuad Gajah Putih dalam sukan sepak takraw.
“Saya bagi pihak pasukan kebangsaan memohon maaf kepada semua peminat kerana gagal memecah dominasi Thailand. Secara peribadi kita lihat beberapa elemen dalam permainan…