Skuad Sepak Takraw Malaysia akhirnya berjaya menamatkan penantian panjang selama 34 tahun untuk memenangi pingat emas dalam acara regu berpasukan lelaki Sukan SEA selepas cemerlang menewaskan Thailand 2-1 pada aksi final sebentar tadi.
Kemenangan penuh bersejarah itu lebih manis kerana barisan pemain negara dapat melenyapkan sorakan padu penyokong tuan rumah yang membanjiri Gimnasium Nakhon Pathom.
Thailand bermula dengan baik apabila regu pertama diwakili…
