Hot FM

‘Separuh jiwa saya pergi’, kata abang mangsa serangan balai polis


Ahmad Azza Fitri Azhar (kanan) dan Ahmad Azza Fahmi (kiri) bersama enam lagi adik-beradik mereka.

BIDOR: Abang kepada Ahmad Azza Fahmi Azhar menyifatkan ‘separuh jiwanya pergi’ selepas konstabel itu maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, awal pagi semalam.

Ahmad Azza Fitri, 24, berkata sejak kecil dia sentiasa bersama adiknya yang dipanggil Ami memandangkan hanya mereka berdua lelaki dalam lapan adik-beradik.

“Tiada lagi kawan gaduh, saya seolah-olah hilang separuh jiwa.

“Dari kecil sampai besar dia memang tidur dengan saya, kami tak pernah asing bilik,” katanya yang juga anggota polis berpangkat lans koperal ketika ditemui di rumah keluarganya di Kampung Poh.

Anak ketiga daripada lapan beradik itu berkata, Fahmi yang juga anak keempat bukan sekadar adik tetapi sahabat yang menjadi tempatnya bertanya dan meluahkan masalah.

Fitri berkata, Fahmi juga sering berkongsi tugas hariannya dan memaklumkan seronok bergelar anggota pasukan keselamatan itu.

“Saya dan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version