
PETALING JAYA: Persatuan Institut Memandu Malaysia (Pima) menjelaskan harga pakej lesen memandu terutama di bandar besar yang semakin meningkat kini kerana mengambil kira aspek keselamatan calon dan tenaga pengajar.
Presidennya Mat Aris Bakar berkata kadar RM1,800 hingga RM3,000 untuk perkhidmatan di bandar seperti Kuala Lumpur juga rasional susulan peningkatan kos seperti gaji, penyelenggaraan kenderaan serta penyediaan pakej khas termasuk insurans nyawa.
Katanya, orang awam seharusnya bimbang jika pakej ditawarkan rendah kerana dikhuatiri perkhidmatan disediakan tidak mematuhi aspek keselamatan ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
“Kita risau institut memandu tak boleh bagi perkhidmatan (terbaik) kalau bersaing harga rendah.
“Akhirnya, kereta (untuk ujian memandu) nak tukar baru tak boleh nak…