Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Seperti Kereta Sebenar, Myvi Dihasilkan Daripada LEGO Ini Buat Netizen Terpegun

today27 May 2022

Background

Baru-baru ini bunga diperbuat daripada LEGO menjadi ‘trend’ apabila ramai orang menghasilkan sejambak bunga dengan menggunakan lego untuk dihadiahkan kepada orang tersayang.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @znspantas telah berkongsi sebuah video memaparkan sebuah kereta Myvi dihasilkan daripada LEGO dihantar ke dalam sebuah pusat beli-belah Publika untuk tujuan pameran.

@znspantas

Kalau Nak beli myvi mahal sgt,korang buat je guna lego #fypγ‚· #abanglori #thetransporter #znspantastransport #yellowtruck #budoktebing #anokpahang

♬ DJ Kuberlayar Di Lautan Tidak Bertepian – MASTER RMX

@znspantas

Reply to @shhrulhdyat_ Saya transporter je utk event ni..Saya tak tau sgt..Cuma kagum je πŸ™πŸ» #fypγ‚· #abanglori #thetransporter #znspantastransport #yellowtruck #budoktebing #anokpahang

♬ original sound – Puisi Vibes – Puisi Vibes

Menerusi perkongsian tersebut, pemilik video yang merupakan transpoter menghantar ‘Myvi’ itu berasa kagum dengan hasil seni menggunakan LEGO itu. Difahamkan, ia merupakan hasil buatan anak Malaysia sendiri yang dihasilkan oleh Bryks Art.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen turut kagum melihat hasilnya. Malah, para netizen juga mahu berkunjung ke Publika untuk melihat sendiri Myvi yang diperbuat daripada LEGO itu.

Bukan itu sahaja, segelintir netizen juga mengatakan Myvi LEGO itu kelihatan ‘real’ dan meminta agar pengunjung yang membawa anak kecil berhati-hati agar tidak merosakkan ia.

Jika anda mahu melihat sendiri Myvi LEGO ini, anda bolehlah singgah ke pusat beli-belah Publika dan pameran ini hanya ada sehingga 29 Mei 2022. Memang terbaiklah!

Written by: Mimieyuzi