Hot FM

Seragam sekolah baju raya, Ismail imbau nostalgia Aidilfitri


Ismail Sabri Yaakob berkata kehidupan semasa kecilnya tidak mudah kerana miskin, namun beliau berpegang kepada semangat – hanya pendidikan mampu mengubah hidup seseorang.

PETALING JAYA: Setiap kali Aidilfitri, bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob pasti tidak lupa kenangan memakai seragam sekolah dibeli bapa di pekan sehari Temerloh untuk menyambut hari raya sekitar 70-an.

Ismail, 64, berkata walaupun berbaju sekolah perasaannya sama seperti kanak-kanak lain yang teruja menantikan Syawal kerana dapat memakai pakaian baharu.

“Raya memang dinanti sebab waktu itu dapat baju baru, setahun itulah…raya saja kita harap dapat baju baru.

“Kalau dapat baju baru seronoklah, berwarna-warni tapi kadang-kadang oleh kerana raya dekat dengan musim sekolah, baju raya (adalah) baju sekolah kerana tak perlu beli baju raya dah waktu itu,” katanya dalam wawancara bersama FMT.

Ismail Sabri Yaakob ketika berusia setahun bersama abangnya Kamarazaman (berdiri) dan Zamri (memangku…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version