Hot FM

Serah polis siasat exco didakwa pukul isteri, kata Chow


Chow Kon Yeow
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata ia masalah rumah tangga dan exco terbabit sudah memohon maaf.
PETALING JAYA:

Kerajaan Pulau Pinang menyerahkan kepada polis untuk menyiasat dakwaan seorang exco ditahan semalam dipercayai kerana memukul isterinya sebelum dibebaskan dengan jaminan.

Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow, berkata ia masalah rumah tangga dan exco terbabit sudah menghubunginya serta memohon maaf.

“Terkini, saya dimaklumkan kedua-dua pihak tarik balik laporan masing-masing. Jadi setakat ini, itu sahaja yang saya boleh nyatakan.

“Kalau ada apa-apa perkembangan kita berharap YB (exco) sendiri akan sentiasa beri maklum balas kepada kami (kerajaan negeri) atau parti,” katanya menurut Harian Metro ketika menghadiri Majlis Tahlil dan Buka Puasa anjuran Gabungan Liga Muslim Pulau Pinang di Masjid Kapitan Keling.

Ditanya sama ada exco itu perlu mengambil cuti bertugas, Chow berkata, kerajaan negeri menyerahkan kepada polis untuk menyiasat terlebih dahulu.

“Saya…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version