
PAGOH: Calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Bukit Kepong Dr Sahruddin Jamal menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti menentukan siapa bakal diangkat sebagai Menteri Besar jika gabungan itu memenangi pilihan raya negeri (PRN) Johor bulan depan.
Katanya, beliau hanya ahli parti dan usaha memenangkan PN menjadi keutamaan.
“Setakat ini belum diumumkan (calon MB dari PN) dan saya serahkan kepada pucuk pimpinan untuk memilih sesiapun pun, saya hanya ahli parti, saya akan pastikan parti saya PN memenangi dahulu PRN Johor,” kata bekas MB itu kepada pemberita selepas hadir menyerahkan borang pencalonan di Dewan Karisma Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), Pagoh.
Ditanya persaingan bakal dihadapinya bagi mengekalkan kemenangan di Bukit Kepong, katanya, beliau yakin akan memenangi pilihan raya kali ini selepas empat tahun rekod berkhidmat sebagai wakil…