PETALING JAYA: Kempen Perikatan Nasional (PN) di PRK DUN Kuala Kubu Baharu akan semakin ‘menggila’ kerana serangan disasarkan mereka kepada kerajaan perpaduan tidak berhasil, dakwa Amirudin Shari.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor berkata, kempen pembangkang juga seperti berubah-ubah serta cuba memainkan sentimen membangkitkan kemarahan rakyat tanpa bukti dan fakta.
“Kalau jadi pembangkang tetapi bukan nak bangkang semua benda. Lihat sebelum penamaan calon, kemudian selepas penamaan calon kempen PN melompat-lompat, agaknya suka lompat parti.
“Mula-mula kata nak tukar kerajaan kemudian nada berubah, kata ekonomi Selangor dizalimi kerana keluarkan belanjawan defisit…dia main sentimen tak guna data,” katanya dalam ceramah mega perpaduan di Bandar Utama Batang Kali, malam ini.
Menteri besar Selangor berkata,…