
Dua pemimpin Bersatu Sabah dipanggil berdepan Lembaga Disiplin kerana mengkritik Presiden Muhyiddin Yassin dalam satu sidang akhbar susulan kekalahan teruk parti itu pada PRN, pada 29 Nov tahun lalu.
Lembaga itu mengeluarkan notis kepada Setiausaha Bersatu Sabah Yunus Nurdin dan Nabila Norsahar, yang juga ketua Srikandi Muda Bersatu Sabah.
Pengerusi Lembaga Disiplin Radzi Manan, berkata keduanya didakwa membuat ‘dakwaan tidak benar’ berkaitan persiapan parti
dalam PRN Sabah, selain dikatakan menyerang presiden serta mencemarkan imej presiden.
Keduanya juga dituduh mengugut untuk ‘menghancurkan’ Bersatu Sabah sekiranya mereka dihadapkan ke Lembaga Disiplin.
Awal hari ini, empat ketua bahagian Bersatu turut dipanggil menghadap Lembaga Disiplin. Mereka terdiri Ahmad Nasir Mid (Selayang), Abdul Aziz Ismail (Dungun), Zulkifli Bujang (Johor Bahru), dan Ramlan…