Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Serang Rafah, Israel ‘jelas enggan bekerjasama’ demi keamanan

today8 May 2024

Background


rafah
Israel menyerang Rafah di Gaza pada Isnin, beberapa jam selepas Hamas menerima cadangan gencatan senjata daripada rundingan damai yang dibuat oleh Mesir dan Qatar. (Gambar AP)

KUALA LUMPUR: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan terkini Israel ke atas Rafah di Gaza pada Isnin, yang menyebabkan 19 orang terkorban, berdasarkan rekod Kementerian Kesihatan Palestin.

Kementerian Luar menerusi Wisma Putra berkata, serangan itu berlaku beberapa jam selepas Hamas menerima cadangan gencatan senjata daripada rundingan damai yang dibuat oleh Mesir dan Qatar, jelas menunjukkan keengganan Israel bekerjasama bagi tujuan keamanan.

“Rejim Israel bertekad meneruskan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin. Oleh yang demikian, Israel patut menerima kecaman keras daripada masyarakat antarabangsa,” menurut Kementerian Luar dalam kenyataan.

Wisma Putra berkata, serangan berterusan ke atas orang awam oleh Pasukan Pendudukan Israel (IOF) khususnya di Rafah, Gaza, adalah amat zalim, terutamanya…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post