
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan Ahli Parlimen blok kerajaan sebagai hipokrit selepas isu Presiden Umno Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) tidak dapat dibangkitkan di Dewan Rakyat.
Syed Saddiq berkata, keadaan tersebut berbeza ketika Ahli Parlimen kerajaan berada di blok pembangkang sebelum ini yang telah membangkitkan isu 1MDB dan serangan terhadap peguam negara, pada 2015.
“Pada tahun 2015, (seramai) 70 Ahli Parlimen di dalam dewan ini sendiri di blok pembangkang ingin bicarakan soal keputusan hakim di mahkamah, sebelum itu keputusan 1MDB, serangan ke atas peguam negara semua boleh mereka bangkitkan.
“Kini bila berada di kedudukan kerajaan…hipokrit,” katanya di Dewan Rakyat.
Menurut Syed Saddiq, sekiranya suara Ahli Parlimen dibisukan serta tidak boleh mengkritik kerajaan tanpa…