
GEORGE TOWN: Seorang bilal surau dipenjara lapan tahun dan dua sebatan rotan kerana melakukan serangan seksual terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun, dua tahun lalu.
Akif Aiman Ab Shukor, 29, didakwa menyentuh kemaluan mangsa dan memaksanya melakukan seks oral di surau sebuah kawasan rumah pangsa kira-kira 6 petang, 2 Mei 2020.
Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) dan 15(f) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Hakim Mahkamah Sesyen Mazdi Abdul Hamid dalam keputusannya mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Farah Aimy Zainul Anwar meminta mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pengajaran memandangkan semakin banyak kes jenayah seksual melibatkan mangsa kanak-kanak lelaki.
Mengikut keterangan yang sebelum ini dikemukakan kepada mahkamah, perbuatan tertuduh dirakam menggunakan kamera telefon bimbit oleh abang mangsa yang keluar mencarinya selepas…