PETALING JAYA: Tiga Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini tampil menyelar “serangan” terhadap Azam Baki sebagai bermotifkan politik dendam terhadap agensi itu.
Dalam kenyataan, tiga pegawai tertinggi SPRM berkata mereka mewakili seluruh warga badan itu dalam menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Azam selaku selaku Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Pendirian itu dinyatakan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Ahmad Khusairi Yahaya, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Norazlan Mohd Razali dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalism Junipah Wandi.
“Kami berpendirian bahawa tohmahan dan serangan yang dibuat (terhadap Azam) adalah bermotifkan politik dendam bagi menjatuhkan imej dan kredibiliti SPRM,” kata mereka dalam…