
PETALING JAYA: Polis menahan seorang penghantar makanan dan seorang guru tadika yang dipercayai terlibat dalam kejadian sebuah motosikal polis dirempuh dan diseret 300m ketika melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan di kawasan gelap di Jinjang pada Isnin.
Ketua Polis Sentul Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, dalam kejadian pada 11.45 malam itu, dua anggota polis sedang melakukan rondaan cegah jenayah di satu lorong yang gelap di kawasan itu sebelum terserempak dengan sebuah Toyota Vellfire dalam keadaan enjin dihidupkan.
Menurutnya, salah seorang anggota polis meletakkan motosikalnya di hadapan kenderaan itu menyuluh ke dalam sambil mengeluarkan kad kuasa polis.
“Bagaimanapun, suspek lelaki yang ketika itu berada di bahagian belakang kenderaan terus bergerak ke bahagian pemandu dan…