

Kawasan Serian di Sarawak kembali merekodkan bacaan indeks pencemar udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat akibat jerebu setakat 5 petang tadi.
Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), daerah itu merekodkan bacaan IPU 218, manakala 11 kawasan lagi mencatatkan tahap tidak sihat melibatkan 10 kawasan di Sarawak dan satu di Johor iaitu Pasir Gudang (109).
Kawasan di Sarawak yang mencatatkan bacaan tidak sihat ialah Samarahan (186), Sri Aman (184), Kuching (180), Sarikei (160), Samalaju (158), Bintulu (157), Sibu (156), Mukah (154), Miri (152) dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri (136).
Secara keseluruhan, 47 kawasan di seluruh negara dilaporkan berada pada tahap sederhana, manakala sembilan kawasan mencatatkan bacaan baik.
Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara…