Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Sering Disangka Kembar, Adik Beradik.. Mimi Ernida Jalin Kerjasama Dengan Reen Rahim

today18 January 2025

Background

Penampilan serupa pelakon Mimi Ernida dan Reen Rahim sering menimbulkan kekeliruan di kalangan peminat, yang menganggap mereka mungkin kembar atau adik-beradik.

Situasi ini bukan lagi perkara asing bagi kedua-dua selebriti yang sudah terbiasa dengan sapaan salah nama dan komen keliru.

Menerusi perkongsian terbaharu mereka di Instagram dan TikTok, foto yang memaparkan kemesraan antara Mimi dan Reen mencuri perhatian.

Posting tersebut menerima lebih 16,000 tanda suka di Instagram dan lebih 620,000 tontonan di TikTok.

“Orang selalu keliru antara saya dan Reen. Kalau saya buat siaran langsung di TikTok, ada yang memanggil saya dengan nama Reen Rahim. Malah, di luar pun ada yang tersalah tegur,” kata Mimi, berkongsi pengalamannya.

Mimi dan Reen yang mula berkenalan pada tahun 2016, belum pernah bergandingan dalam mana-mana karya seni tetapi tetap akrab sebagai rakan.

“Walaupun jarang berjumpa, Reen adalah seorang sahabat yang sentiasa ada. Bila kami bertemu, pasti ada banyak cerita menarik yang dikongsi,” ujar Mimi.

Reen pula mengulas bahawa meskipun wajah mereka dikatakan mirip, perbezaan tetap wujud.

“Mungkin rupa kami ada sedikit persamaan, tetapi Mimi lebih cerah dan manis, sedangkan saya… pahit,” katanya berseloroh.

Selain berkawan rapat, Mimi dan Reen kini berkolaborasi dalam kempen She Rise yang akan dilancarkan pada 31 Januari.

Kempen ini bertujuan memberi inspirasi kepada wanita untuk menjaga kesihatan dalaman dan luaran sambil menawarkan peluang menjana pendapatan.

Kolaborasi tersebut menyatukan jenama CYoung Glowing milik Mimi, produk kecantikan berkhasiat, dan Qu’ Yus Premium Coffee keluaran Reen, minuman organik yang membantu mengawal selera makan.

“Kami berdua mempunyai misi yang sama — mahu membantu wanita menjadi lebih yakin dan berjaya. Nantikan pelancaran kempen ini di media sosial,” kata Mimi menutup perbualan.

Written by: Salma


Previous post

Sukan

Pahang juara kejohanan renang Pantai Timur

Kuantan: Kontijen Pahang yang mengumpul 75 pingat emas, 72 perak dan 70 gangsa muncul juara keseluruhan Kejohanan Renang Pantai Timur Kali Ke-2 2025 yang berakhir hari ini di Kompleks Renang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), di sini.

today18 January 2025