Hot FM

Sering dituduh rasis, anti-Islam, pemimpin DAP soal PAS mana RUU 355


Lee Chin Chen berkata PAS perlu mencerminkan dirinya dulu susulan kenyataan Ketua Penerangannya Khairil Nizam Khirudin yang dianggap ‘gigih’ menyerang DAP.

PETALING JAYA: PAS yang dilihat cuba menjuarai isu Melayu-Islam sepatutnya menggunakan peluang membentangkan “RUU 355” di Parlimen selepas berada dalam kerajaan dan bukan menjadikan DAP sebagai “kambing hitam” menutup kegagalan parti itu.

Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP, Lee Chin Chen, berkata PAS perlu mencerminkan dirinya dulu susulan kenyataan Ketua Penerangan PAS Khairil Nizam Khirudin, semalam, yang dianggap “gigih” menyerang DAP, termasuk memberi gelaran kepada parti itu sebagai “parti rasis” selain memusuhi Islam.

“PAS yang kini sebahagian daripada kerajaan terdiri daripada ‘perkahwinan campur’ antara Barisan Nasional dan Perikatan Nasional sepatutnya menggunakan peluang ini untuk membentangkan RUU 355 yang mereka juarai, bukan asyik menyalahkan DAP atas kegagalan membentangkan RUU…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version