Setiausaha agung PKR berkata PAS tidak boleh menganggap parti itu sebagai rumah tumpangan kerana hakikatnya tidak ada parti menumpang mereka.

PETALING JAYA: PAS dilihat sebagai parti bermasalah kerana sering keluar gabungan apabila tidak berasa serasi dan sejarah sudah membuktikannya, kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.
“Dalam sejarah, PAS berkawan dengan parti lain dan membentuk gabungan, selalunya yang terkeluar itu PAS. Maksudnya yang bermasalah bukan parti lain tapi PAS sendiri.
“PAS boleh kata dia pegang prinsip, dia tidak korban (prinsip), hakikatnya setiap kali dia berkawan, setiap kali itu dia keluar,” katanya kepada FMT.
Saifuddin mengulas kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang bahawa parti itu bukan rumah tumpangan sementara waktu yang boleh dipergunakan pihak lain untuk melakukan jual-beli…
