Imbas untuk muat turun aplikasi

Lifestyle

Seronoknya Maya Karin Berswafoto!!!

today14 September 2018

Background

Nama pelakon berdarah kacukan Jerman-Melayu, Maya Karin yang juga  kini kembali meningkat naik selepas satu lagi kejayaan lakonannya, Munafik 2, rata-rata mendapat pujian daripada netizen.

Digelar sebagai Ratu Filem Seram, Maya turut berkesempatan bertemu para peminatnya semalam ketika mengadakan promosi filem berkenaan di Kuala Terengganu.

Menerusi video berdurasi 25 saat yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, Maya kelihatan begitu mesra melayani peminat-peminatnya yang tidak menyangka dapat bergambar dengannya.

Tidak cukup dengan itu, Maya yang bersikap santai juga sempat mengambil telefon bimbit salah seorang daripada mereka lalu berswafoto bersama.

https://www.instagram.com/p/Bnq9aQyFYbC/?taken-by=maya_karin

Untuk pengetahuan anda, Maya Karin turut tersenarai sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang meraih pengiktirafan di peringkat global oleh Harian Metro Pada Jun 2018.

 

Written by: Jay


Previous post

Hang Omar Timor

Kalah Menang

Kadang-kadang best jugak main game yang kita dah lama tinggal. Boleh buat gaduh jugak la. Hang Omar Timor ni sebenarnya nak main ke nak perang? Lain macam semangat dia tu.

today14 September 2018