
PETALING JAYA: Bekas timbalan menteri komunikasi dan multimedia, Zahidi Zainul Abidin mahu menyertai PKR bagi memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, sama seperti yang dilakukan rakan-rakannya dalam Umno.
Beliau berkata, sekiranya menyertai Perikatan Nasional (PN), beliau tidak boleh berjumpa rakan-rakannya dalam Umno.
“Jadi, perkara penting selepas dipecat dari Umno, saya perlu mencari wadah untuk meneruskan perjuangan saya selama 40 tahun (dalam politik).
“Jadi, saya perlu pilih wadah yang bersesuaian,” katanya dalam temubual bersama Sinar Harian yang disiarkan di Facebooknya.
Zahidi berkata, dalam memilih wadah baharu, beliau perlu memastikan rakan-rakannya dalam Umno juga dalam keadaan selamat.
“Keadaan bertambah berisiko sekarang kerana mereka mempunyai presiden yang suka memecat orang,” katanya merujuk Presiden Umno,…