Isteri kedua pelakon drama Amar Asyraf iaitu Vivy Jeffry sebelum ini pernah mendedahkan telah diceraikan dengan talak tiga.
Terbaru, Harian Metro melaporkan pengesahan lafaz cerai tersebut masih lagi berlangsung di mahkamah sehingga hari ini.

Vivy ketika dihubungi berkata, dia diceraikan dengan talak tiga pada 4 November tahun lalu, berharap proses perceraian mereka dapat dilesaikan secepat mungkin supaya dia boleh teruskan kehidupan seperti biasa.
“Sebenarnya, ada beberapa dokumen yang tidak lengkap dan menyebabkan mahkamah tidak dapat memberikan keputusan rasmi berhubung perceraian kami,” katanya.
Ketahui kisah lanjut di sini.
