Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Sesi Check Up Bertukar Jadi Hari Bersalin, Anzalna Nasir Selamat Lahirkan Anak Kedua

today21 May 2022

Background

Pelakon cantik Anzalna Nasir atau nama sebenarnya, Nur Anzalna Md Nasir, 34, selamat melahirkan anak kedua semalam.

Belum mendedahkan jantina anak, berita itu dikongsikan oleh suami Anzalna, Hanif Zaki menerusi sebuah hantaran di Instagram.

β€œAlhamdulillah syukur, Barokah Friday! Our second baby selamat dilahirkan today. It was supposed to be Anzalna’s last check up.

View this post on Instagram

A post shared by Hanif Zaki (@hanif_zaki)

β€œHowever, Allah works in a mysterious way. #Hanzalna,” tulis Hanif yang turut berkongsi foto mereka bertiga.

ARTIKEL BERKAITAN: β€œMenangis Mommy Tengok Ayah…” – Sambut Kelahiran Baby Girl, Elfira Loy Selamat Bersalin Anak Kedua

Selain Anzalna, aktres Elfira Loy turut menyambut kehadiran anak kedua semalam.

Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 dan menyambut kelahiran anak sulung, Eidrees yang kini berusia dua tahun.

Written by: Aqilah


Previous post