Site icon Hot FM

Sesi pembelajaran diteruskan selepas 3 kelas musnah terbakar


Kepulan asap daripada kebakaran di sebuah blok SK Permatang To’ Kandu petang tadi. (Gambar JBPM)

PETALING JAYA: Sesi pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang To’ Kandu di Permatang Pauh, Pulau Pinang diteruskan minggu depan susulan kebakaran petang tadi.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata mekanisme itu akan ditentukan sama ada menerusi kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) atau kelas ganti.

Katanya, blok bangunan terjejas akibat kebakaran itu ditutup sementara atas tujuan keselamatan.

“Kita akan berbincang dengan Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri mengenai mekanisme yang akan dilaksanakan bagi memastikan anak-anak di sini terus mendapat pendidikan.

“Buat masa ini, tindakan untuk memastikan keselamatan keseluruhan termasuklah pendawaian dan sebagainya,” katanya menurut Sinar Harian selepas meninjau keadaan sekolah itu.

Terdahulu, Bernama melaporkan tiga bilik darjah di sebuah blok empat tingkat di SK…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version