Perdana menteri berkata ia terpulang kepada Agong untuk memberikan pengampunan.

SHAH ALAM: Sesiapa sahaja boleh memohon pengampunan diraja tetapi keputusan muktamad untuk memberikan pengampunan terletak pada Yang di-Pertuan Agong, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata adalah terlalu awal untuk mengulas permohonan pengampunan Najib Razak kerana baru semalam Umno memohon Agong mempertimbangkan untuk mengampunkan bekas perdana menteri itu.
“Proses (pengampunan) perlu diikuti dan keputusan muktamad hanya di atas budi bicara Agong,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis di sini.
Semalam, Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan parti itu telah memohon Agong mempertimbangkan untuk memberi pengampunan kepada Najib.
Dalam satu kenyataan, beliau juga berkata Majlis Kerja Tertinggi Umno akan memohon menghadap bagi mempersembahkan memorandum…