Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Sesuai Nilai Lakonan & Komitmen Diberikan, Adi Putra Mengaku Terima Bayaran Tinggi

today30 July 2022

Background

Pelakon hebat, Datuk Adi Putra mengakui menerima bayaran mahal sesuai dengan komitmen yang diberikan.

Malah, nilai yang tinggi itu bukan untuk dirinya sahaja kerana secara tidak langsung ia boleh menguntungkan industri termasuklah kru perfileman secara menyeluruh.

“Saya sentiasa mahal. Tapi mahal itu adalah komitmen kita, kita ada value added jadi bila kita ada benda tu kita tahu kepakaran kita kat mana.

“Lagipun kita berkerja keras siang dan malam jadi mahal itu bukanlah satu stigma tetapi adakah kita dihargai,” katanya.

Menurutnya, tidak salah sekiranya pelakon veteran lain juga meletakkan harga yang tinggi berdasarkan kualiti lakonan dan komitmen yang diberikan mereka.

β€œKita sedia maklum bagaimana kadar bayaran untuk seniman dan seniwati serta kru produksi macam mana. Jadi mengapa tidak ‘maharnya’ ditingkatkan?” jelasnya.

Ketika ditanya mengenai pemilihan karya selepas ini, beliau mengakui lebih selektif terutamanya dari segi pemilihan jalan cerita dan pengarah.

“Siapa yang kenal saya dari dulu, saya memang sangat selektif dari segi jalan cerita, pengarah..

“Saya tak nak sebut-sebut filem yang pernah keluar… sebab sekarang zaman flashback. Bila zaman flashback ni saya amat takut. Ye lah…dan saya sedar dimana saya berasal. Tapi takpe lah yang dah berlalu itu biar berlalu saya positif sahaja,” katanya.

Sementara itu, ramai peminat menyifatkan bahawa tahun 2022 adalah tahun bagi Datuk Adi Putra kerana ketiga-tiga filem lakonan beliau ditayangkan dipawagam bermula dengan filem Mat Kilau, Jerangkung Dalam Almari dan Air Force The Movie yang akan menemui peminat bermula 25 Ogos nanti.

“Sebenarnya, tahun ini bukan untuk saya, tapi keluarga saya dan anak-anak, isteri saya dan ibu saya yang banyak berdoa dari awal lagi. Jadi maknanya tahun ini adalah tahun mereka bukan tahun saya.

“Allah atur tu sangat molek, sebab sangat mustahil penerbit nak letakkan saya kat sini, back to back…

“Sebab kita akan proses tarikh wajib tayang… So,Β  bila dimaklumkan tu saya terkedu. One after another daripada bulan Julai sehingga hujung Ogos. Walaupun sangat sempit… tapi saya terima saja” jelasnya.

Adi Putra ditemui pada majlis Tayangan Perdana dan Sidang Akhbar Filem Jerangkung Dalam Almari di GSC Tropicana Gardens, Petaling Jaya pada Rabu.

Selain itu, Adi putra atau nama sebenarnya, Mohamed Hadi Putera Halim turut mengucapkan ribuan terima kasih dan mendoakan kesejahteraan buat semua peminat dan penonotn filem tempatan diatas pujian yang diberikan kepadanya.

Β “Kepada yang memberi pujian doa saya khusus kepada mereka supaya urusan mereka dipermudahkan. Sayni bukan apa, saya ni hak milik masyarakat,” ujarnya.

Written by: Aqilah


Previous post