Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Setahun Ada 2 Anak Luar Jangkaan Saya” – Fizo Omar

today1 June 2023

Background

Selebriti dan usahawan, Fizo Omar mengakui kehadiran cahaya mata kedua dalam jangka masa setahun adalah di luar jangkaannya.

Menurut Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, dia berkata terdapat cabaran dalam membesarkan anak kecil.

“Ia diluar jangkaan saya setahun ada dua anak. Syukur Alhamdulillah rezeki kali ini, mungkin saya akan bagi ‘gap’ sikit lah selepas ini.

“Cabaran sekarang ia lebih sikit berbanding anak seorang tapi saya suka lihat kebaikan dan kelebihan dimana mereka boleh membesar dan berkawan bersama.

“Ibu bapa juga boleh didik sekali gus dari segi persekolahan, pembelajaran nanti. Kalau nak melancong pun senang sebab sama jantina, saiz juga lebih kurang,” katanya kepada XTRA.

Fizo ditemui ketika sambutan rumah terbuka Jom Raya Setikar bersama iQIYI di sebuah hotel di ibu kota, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Sarat Mengandung Anak Kedua Dalam Masa Setahun, Netizen Beri Pesanan Pada Fizo Omar

ARTIKEL BERKAITAN: Masih Diisytihar Bankrap, Fizo Omar Akui Ada Kesan Kepada Kehidupan – “Dah Masuk 9 Tahun, Belum Lagi Selesai”

Biarpun sering dikritik oleh netizen mengenai jarak kelahiran anaknya itu, Fizo tetap mengambil maklum perkara tersebut dengan cara positif.

“Ramai netizen yang beri nasihat dan pandangan masing-masing dan saya hormati itu, tetapi perspektif saya adalah lebih bagus untuk perkembangan anak-anak.

“Kita letih, sekali jalan sahaja. Dari segi kos sara hidup kini juga tinggi, sebenarnya kita jimat banyak juga, di mana segala benda dan keperluan sekali jalan sahaja.

“Sebagai ayah, saya hanya fikir satu sahaja, ‘saya dah nak masuk 40-an, dan masih bagi ‘gap’, katakanlah umur 50 nanti masih ada anak lagi, saya okey sahaja tetapi bagaimana 10 atau 20 tahun lagi bila anak dah besar.

“Adakah saya sebagai bapa masih larat untuk tanggung kos anak-anak? Itulah yang saya fikirkan,” ujar Fizo.

Dalam pada itu, Fizo turut memaklumkan proses penjagaan anak kini baik-baik sahaja bersama keluarga.

“Isteri saya juga masih belajar dan dalam masa sama juga bekerja tetapi bila Allah hantarkan rezeki, ia datang bersama rezeki anak-anak, rezeki lain.

“Saya rasa hal penjagaan anak buat masa ini tiada masalah bagi saya dan keluarga,” tutup Fizo.

Untuk info, Fizo dan isteri, Fazeera Nazri telah melangsungkan perkahwinan pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang dan kini dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan.

Fizo juga mempunyai seorang anak perempuan hasil perkahwinan terdahulu iaitu Wan Maryam, 5 tahun.

Written by: Aqilah


Previous post