
KUALA LUMPUR: Memasuki tahun kedua sebagai menteri pendidikan, Fadhlina Sidek digesa lebih berani dan fokus memperbetulkan sistem membebankan murid serta guru, kata ahli akademik.
Penganalisis pendidikan Othman Talib berpandangan, tidak banyak perubahan signifikan dilihat sejak Ahli Parlimen Nibong Tebal terbabit memegang portfolio berkenaan.
Beliau mengakui Fadhlina mengambilalih Kementerian Pendidikan (KPM) di saat sukar serta timbul pelbagai isu seperti silibus aras tinggi, keciciran pelajar pasca Covid-19 dan kekurangan guru.
“Beliau tidak banyak mengungkapkan konsep-konsep pendidikan. Tapi saya letakkan kelemahan itu kepada penasihatnya…hendak letak kesalahan kepada Fadhlina (sepenuhnya) tidak boleh.
“Saya yakin beliau sudah bekerja sekuat-kuatnya untuk membawa kejayaan di KPM,…