Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Setiap Kali Latihan, Boleh Nyanyi Nada Tinggi! Tapi Bila Live…” – Keisya Levronka Alami Trauma

today23 September 2022

Background

Penyanyi Indonesia, Keisya Levronka sekali lagi menjadi bualan peminat apabila dikatakan sering gagal menyanyikan lagu miliknya dengan baik.

Keisya juga pernah dikiritik hebat oleh netizen apabila persembahannya di Anugerah Industri Muzik ke-23 baru-baru ini dikatakan sumbang.

Terbaharu, pelantun lagu Tak Ingin Usai itu mendedahkan dia mengalami trauma dan menyedari dirinya menjadi takut bertemu orang dan tidak ceria seperti sebelum ini.

“Jadi sekarang setiap berjumpa orang, saya sangat gementar. Sebenarnya di luar saya kelihatan baik-baik saja dan fokus melakukan persiapan.

‘Tetapi dalam hati terlalu takut. Hingga akhirnya saya pertama kali bertemu pakar psikologi.

“Saya tidak pernah bertemu pakar psikologi sebelum ini. Jadi setelah didiagnos, saya mengalami trauma,” ujar Keisya.

Penyanyi muda itu juga memberitahu bahawa dia hairan dengan kegagalannya mencapai nada tinggi ketika membuat persembahan biarpun dapat lakukannya dengan baik ketika sesi latihan.

“Setiap kali latihan, nada yang tinggi semua saya mampu bawakan dengan baik, malah ada menggunakan nada yang lebih tinggi dari asal, pun baik,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:  “Semoga Ini Yang Terakhir” – Gara-Gara Nyanyian ‘Sumbang’, Netizen Tak Mahu Keisya Levronka Datang Malaysia Lagi?

Sumber: Youtube CURHAT BANG denny sumargo

Written by: Aqilah


Previous post