
PETALING JAYA: Setiausaha kewangan Sarawak dilantik menjadi ahli lembaga pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkuatkuasa hari ini, umum Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Keahlian wakil kerajaan Sarawak dalam lembaga LHDN antara tuntutan terkandung Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
“Syaratnya adalah profesionalisme dan pengalaman. Tentunya Setiausaha Kewangan Sarawak mempunyai kelayakan yang mana ini akan membantu LHDN,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MA63, di Kuching.
BERITA LANJUT MENYUSUL