Dua individu tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon dan Jurulatih, Nidzam Jamil.
Menurut sumber, pegawai Selangor FC memaklumkan perkara itu kepada Johan ketika melawat tonggak skuad Gergasi Merah, Faisal di sebuah hospital swasta, pada Ahad.
Sumber berkata, pegawai berkenaan mendapat panggilan daripada individu tidak dikenali yang mengatakan Johan mangsa seterusnya dan perlu berhati-hati kerana dibimbangi menjadi mangsa simbahan asid.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, setakat ini dua laporan diterima daripada pihak pengurusan itu.
“Dua laporan bersangkut kes Faisal setakat ini dan ia sebahagian daripada siasatan.
“Setakat ini, pegawai pasukan yang menerima panggilan tidak membuat laporan (polis), tetapi dipanggil untuk keterangan semalam,” katanya.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, pihaknya sudah menghubungi kedua-dua individu berkenaan.
“Semalam…
