Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

SFMM37: Ernie Zakri Galas Tanggungjawab Berbeza – “Kali Ini Saya Datang Sebagai..”

today14 November 2022

Background

Penyanyi terkenal, Ernie Zakri berjaya melayakkan diri ke pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 37 (SFMM37) dengan mempertaruhkan Korban.

Menurut Ernie, SFMM37 membawa satu kelainan kerana buat pertama kali, dia menggalas tiga tanggungjawab yang berbeza.

Ernie bukan sahaja tampil sebagai seorang penyanyi, bahkan juga menjadi penulis lirik dan komposer kepada lagunya sendiri.

“Alhamdulillah ini adalah perkara yang sangat different untuk saya kali ini.

“Of course, sebelum ini saya datang sebagai seorang penyanyi yang diberi tanggungjawab untuk menyanyi dengan baik.

“Tapi sekarang ini saya datang sebagai penulis dan juga komposer lagu saya sendiri. So dia bila datang sebagai tanggungjawab tiga ini dia rasa ekstra, dia rasa macam happy, dan bersyukur,” katanya kepada XTRA.

Ernie juga sempat memberitahu kepada media, sebagai penulis dan komposer yang masih baru dia akui ini adalah peluangnya untuk mencari ilmu untuk menjadikan dirinya lebih baik.

“Kita baru setahun jagung menulis lagu, bertanding pula dengan rakan-rakan komposer yang hebat!

“Jadi saya lebih kepada peluang untuk saya belajar lagi dan mungkin lepas ini saya boleh menulis dengan lebih baik,” jelas Ernie.

SFMM37 akan bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral pada 25 November 2022 (pukul 3.00 petang – 6.00 petang) dan 26 November 2022 (pukul 3.00 petang – 5.30 petang) di TV3 dan strim HD secara langsung di www.tonton.com.my.

Written by: Salma


Previous post