Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

SFMM37: Layak Dengan 2 Lagu, Ini Masa Terbaik Untuk Naim Daniel Latih Suara

today13 November 2022

Background

Tercalon sebagai salah seorang penyanyi yang berjaya layak ke Separuh Akhir Muzik Muzik 37 (SFMM37), Naim Daniel mempertaruhkan dua lagu iaitu berjudul Mainan dan Habis Sini yang turut menampilkan Joe Flizzow.

Menurut Naim, selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dia mengakui sudah lama tidak menyanyikan lagu terbabit dan berpendapat SFMM37 adalah pentas terbaik untuk dirinya melatih semula suaranya.

“Saya dipertanggungjawabkan dengan dua buah lagu iaitu, lagu Habis Sini featuring dengan Joe Flizzow dan juga lagu Mainan.

“Kedua-dua lagu ini memberikan genre dan karakter yang berbeza kerana Habis Sini merupakan lagu hip hop saya yang pertama dan juga untuk lagu Mainan adalah lagu balada yang dah lama saya tak perform.

“Lagu ini sebenarnya selepas PKP. Jadi, ini adalah masa yang terbaik untuk saya melatih tubi semula suara ini,” jelas Naim.

Ketika ditanya mampukah dirinya mengulangi kejayaan yang dicipta sebelum ini di Anugerah Juara Lagu 34, Naim memberitahu berjaya melangkah ke SFMM37 sudah menjadi kejayaan kecil baginya.

Naim juga tidak terlalu berharap untuk bergelar juara dan percaya dengan rezeki masing-masing yang telah ditetapkan oleh-Nya.

“Saya rasa untuk sampai ke semi final adalah kejayaan kecil. Kali ini datang dengan dua lagu, insya-Allah saya percaya pada rezeki untuk apa sahaja yang berlaku.

“Apa yang penting untuk kita cuba have fun dan saya akan sampaikan persembahan yang terbaik kepada penonton di rumah dan juga di studio,” jelas Naim.

SFMM37 akan bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral pada 25 November 2022 (pukul 3.00 petang – 6.00 petang) dan 26 November 2022 (pukul 3.00 petang – 5.30 petang) di TV3 dan strim HD secara langsung di www.tonton.com.my.

Written by: Salma