
KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memohon Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan peguam Muhammad Shafee Abdullah untuk menggantung prosiding kes saman berhubung tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM9.41 juta, atas alasan peguam itu sememangnya berniat untuk melengah-lengahkan tuntutan saman berkenaan.
Perkara itu dinyatakan di dalam afidavit jawapan yang diikrarkan oleh Ketua Penolong Pengarah di Unit Kawalan, LHDN Shamsul Effendi Khamis, yang diperoleh pihak media menerusi carian sistem mahkamah.
LHDN yang memfailkan afidavit itu pada 26 Jan lepas bagi pihak kerajaan Malaysia selaku plaintif mendakwa Shafee juga telah menyalahgunakan proses mahkamah.
“Sekiranya perkara ini berlaku (penggantungan prosiding dibenarkan) hak…