
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata kenyataan partinya akan bekerjasama dengan Warisan pada PRN Sabah hanya dibuat oleh Shafie Apdal.
Asyraf berkata, Umno Sabah belum membuat sebarang ketetapan berhubung kerjasama itu.
“Bukan Umno Sabah (yang buat kenyataan) tapi Shafie Apdal (presiden Warisan) yang sebut.
“Umno Sabah tak komen apa-apa. Kita belum buat apa-apa keputusan lagi,” katanya ditemui selepas Majlis Konvokesyen Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) di Pusat Dagangan Dunia (WTC).
Asyraf mengulas dakwaan Shafie berhubung kerjasama Umno Sabah dan Warisan pada PRN akan datang.
Sebelum ini, Shafie dilapor berkata Ketua Umno Sabah, Bung Moktar Radin setuju bekerjasama untuk melawan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diketuai Ketua Menteri Hajiji Noor.
Bagaimanapun, pada 14 Dis lalu Timbalan Ketua Umno Sabah,…