Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Shaheizy Sam Turut Berusaha Boikot Produk Zionis

today6 November 2023

Background

Sebelum ini, tular di media sosial apabila ada selebriti popular mempertikaikan strategi pejuang Hamas menerusi media sosialnya mendapat perhatian ramai.

Susulan itu, pelakon Shaheizy Sam tampil menyelar tindakan selebriti itu dan meminta individu itu untuk tidak memberi ulasan mengenai konflik peperangan antaran Palestin dan Israel.

β€œTindakan kau nak tunjuk kau ambil tahu dengan apa yang terjadi adalah okay. Tapi, kadang-kadang sebelum kita cakap tu kita kena ingat baliklah. Kalau kau tak tahu apa yang terjadi dekat sana, kau tak payah bercakap sebab kau tak ada di sana (Palestin).

β€œAdakah betul Hamas yang buat? Adakah betul itu satu propaganda? Kita tak tahu jadi lebih baik diamkan diri jika anda tidak berada di sana dengan mereka.

β€œJadi, bagi saya tak payah fikir Sejarah, tak payah fikir apa kalau kau rasa kau orang Islam. Kau ingat kau punya saudara mara seagama je. Sokong mereka!” luah Sam.

Dalam pada itu, pelakon hebat ini turut mengakui berusaha untuk memboikot produk yang menyalurkan dana kepada tentera Zionis dan mengajak orang ramai untuk bersama bertindak dengannya.

β€œSaya sendiri berusaha untuk boikot barangan yang ada di dalam Malaysia ni yang menyalurkan sumbangan kepada tentera Zionis secara langsung atau tidak.

β€œAda syarikat yang tidak mengeluarkan sumbangan kepada mereka (israel) tetapi dia mengeluarkan royalti kepada ibu syarikat jenama itu. Kemana duit itu pergi kita tidak tahu tapi kalau kita dengar duit itu pergi untuk melakukan kebinasaan saya akan berhenti.

β€œSaya memang sedaya upaya, saya ada pautan semua syarikat yang menyalurkan dana kepada Zionis dan saya akan sentiasa kongsikan kepada pengikut saya di media sosial.

β€œKita selalu terlepas pandang. Kita rasa macam benda ini tak penting bila negara lain tak buat tapi kita buat (boikot). Jangan fikir macam tu, jangan fikir tentang negara lain. Fikir tentang hati kau, fitrah kau sendiri. Better buat daripada tak buat langsung,” katanya ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem La Luna di Dadi Cinema Pavilion Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan:Β Pertikai Strategi Perang Tentera Hamas, Sharnaaz Ahmad Bidas Azhar Sulaiman – β€œKita Belum Tentu Mati Semulia Depa”

Artikel Berkaitan:Β Kongsi Gambar Leona Di Masjid Al-Aqsa, Kenyataan Azhar Sulaiman Timbul Tanda Tanya Netizen? – β€œJejak Kaki Tak Semestinya Memahami”

Artikel Berkaitan:Β β€œDah Main Kasar Ni!” – Tegur Sharnaaz Ahmad, Azhar Sulaiman Pertahan Netizen sokong Isu Pejuang Palestin-Israel

Artikel Berkaitan:Β Tampil Mohon Maaf Guna Bahasa β€˜Kasar’, Sharnaaz Ahmad Nafi Berbalah Dengan Azhar Sulaiman – β€œTak Nak Nampak Kurang Ajar”

Written by: Aqilah


Previous post

Sukan

20 pasukan pamer bakat

Hulu Selangor: Sebanyak 20 pasukan bersaing dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor yang bakal berlangsung pada minggu depan dan dijangka berakhir pada hujung Disember.

today6 November 2023