Ahli Parlimen Arau berkata hak mereka dinafikan, berbeza amalan di luar negara yang menyediakan peruntukan kepada semua Ahli Parlimen tanpa mengira status.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim mengkritik Belanjawan 2023 dibentangkan hari ini kerana didakwa tidak menyediakan peruntukan untuk wakil rakyat pembangkang.
Shahidan berkata, beliau kecewa kerana hak mereka dinafikan, berbeza amalan di luar negara yang menyediakan peruntukan kepada semua Ahli Parlimen tanpa mengira status kerana ia akhirnya untuk kegunaan rakyat.
“Kami bukan minta duit poket, sebaliknya cuma minta duit rakyat diberi sama rata,” katanya ditemui di Dewan Rakyat selepas pembentangan Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang juga menteri kewangan.
Sementara itu, Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal pula mempersoalkan sama ada slogan…