
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebaskan veteran Umno Shahrir Samad daripada tuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM1 juta.
Hakim Jamil Hussin mengeluarkan perintah melepas dan membebaskan Shahrir selepas Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni Azmi memberitahu mahkamah pihaknya tidak mahu meneruskan kes itu.
Shahrir dituduh mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Amla) kerana didakwa menerima RM1 juta daripada Najib Razak pada 2013 dan tidak mengisytiharkan jumlahnya kepada LHDN. Dana itu didakwa datang daripada 1MDB.
Seramai 22 saksi memberi keterangan semasa perbicaraan.
Terdahulu, Rasyidah meminta mahkamah membenarkan Shahrir dilepas tanpa dibebaskan.
“Kami…