

Bekas Ahli Parlimen Johor Bahru, Shahrir Samad, akan meneruskan saman terhadap bekas peguam negara, Tommy Thomas berhubung pendakwaan berniat jahat, selepas kedua-dua pihak gagal mencapai penyelesaian.
Peguam Shahrir, Firoz Hussein Jamaluddin, memaklumkan Hakim Mahkamah Tinggi, Gan Techiong, mengenai status saman itu hari ini.
“Kami telah mendapatkan arahan daripada beliau (Shahrir) berhubung kes ini dan memandangkan isu yang dibangkitkan dalam saman itu amat serius, kami akan meneruskan tindakan terhadap defendan pertama (Thomas),” katanya.
Firoz berkata lapan lagi saksi akan dipanggil untuk memberikan keterangan bagi pihak plaintif.
Gan menetapkan 27 Nov dan 1 Dis untuk perbicaraan bersambung, dengan Shahrir akan disoal balas oleh peguam Thomas, Alan Adrian Gomez.
Shahrir memfailkan saman sivil terhadap…