Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Share Foto Gayakan Pakaian Renang, Netizen Puji Yasmin Hani – “Nak Mandi Pun Lawa”

today19 February 2024

Background

Pelakon dan pengacara, Yasmin Hani mencuri tumpuan selepas berkongsi foto berpakaian renang menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Berdasarkan perkongsian tersebut, Yasmin Hani atau nama penuhnya, Yasmin Hani Ismail Richardson, kelihatan menggayakan pakaian renang berona biru dan putih berserta skirt pendek ketika bercuti di Koh Lipe, Thailand.

“Beach, take me back,”tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji penampilan aktres itu yang sentiasa kelihatan muda biarpun usianya sudah menginjak 44 tahun.

“Mandi pun lawa.

“Goddess! Hot habis.

“Letopan…. baju sama dengan warna air laut.

“So hot my idol.

“Wah, cantiknya! Sexy,” komen netizen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yasmin Hani Richardson 雅诗敏 (@yasminhani)

 

Terdahulu, Yasmin pernah dikritik selepas memuat naik foto dirinya menggayakan pakaian renang berwarna ungu ketika berada di sebuah hotel di ibu kota.

Malah, ramai yang berpendapat bahawa penampilan seksinya itu tidak sesuai memandangkan dia beragama Islam.

Walaupun sedar dengan kritikan berkenaan, Yasmin bagaimanapun tidak memberikan sebarang respons terhadap komen tersebut.

Written by: Salma


Previous post